Event is FINISHED

[PLS-DERMAGA] Dari Teks Ke Pentas

Description

Skrip merupakan tulang belakang sesebuah pementasan. Tanpa skrip yang berani mengkedepankan sesuatu isu dengan kritis lagi kreatif, pementasan tampak lemah - biarpun dihiasi lakonan mantap, tata cahaya yang berwarna-warni dan mengenakan teknologi terkini, serta tata rias dan muzik yang gah.


Fungsi teater bukan sahaja sebagai hiburan hati yang lara atau untuk mengurangkan lelah. Sebaliknya, teater merupakan pentas perbahasan: antara idea sang penulis yang ditafsirkan oleh pengarah dan kemudian dijadikan nyata oleh para pelakon, dan bibit-bibit kesedaran serta keprihatinan yang lahir daripada pergolakan jiwa penonton.


Forum ini akan membincangkan tanggungjawab dan cabaran penglibat teater dalam menjayakan fungsi teater yang sedemikian.

Sat May 6, 2017
2:00 PM - 4:00 PM SGT
Add to Calendar
Venue
MHC Auditorium
Tickets
Standard (Free) FULL
Venue Address
85 Sultan Gate, Singapore 198501 Singapore
Organizer
Malay Heritage Centre | Taman Warisan Melayu
494 Followers